9 January 2015

Inspirasi Laman Seni@7

 안녕...

Lokasi : Lorong Belakang Kawasan Komersial, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam

Lepas habis paper petang tadi, singgah Seksyen 7...makan. Walaupun dah banyak kali makan kat situ dan nampak tempat ni tapi tak pernah terfikir nak ambil gambar kat Laman Seni ni. Tetiba hari ni rasa macam nak menghiburkan hati yang gundah-gulana tu kat sini. Apa Laman Seni tu?

Program Pengindahan Lorong Belakang ntuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung
Itulah tujuan Laman Seni dibangunkan mengikut sumber rasmi MBSA. Lukisan mural dipilih daripada Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam. Macam-macam konsep ada seperti 3-D. Sekali pandang street art ni macam Penang 3D Trick Art Museum.





Lorong ni panjang sebenarnya dan banyak lagi lukisan kat sini. Ini cuma sebahagian je. Usaha yang bagus daripada pihak MBSA daripada membiarkan lorong-lorong ni macam kosong terbiar. Lorong ni kalau weekend memang ramai pengunjung yang bergambar kat sini. Walaupun hari ni hari Khamis dan orang bekerja tapi pengunjung tetap ada. Maybe sebab cuti sekolah kot. Semoga banyak lagi tempat-tempat seperti ini atau konsep riadah lain yang boleh dibangunkan oleh pihak berwajib untuk kegunaan bersama pada masa hadapan.


0 comments: