5 September 2016

Half Day Trip to Bukit Tinggi Pahang

Assalam & 안녕...


Independence day aritu aku sempat pergi Bukit Tinggi. Bukan Bukit Tinggi, Indonesia tu tau. Ni Bukit Tinggi Pahang tu je. Kitorang buat day trip je. Alaa...bukan jauh mana pun. Tolak campur darab bahagi adalah dalam 80km. Perjalanan ambil masa dekat dua jam gak, campur berhenti-henti semua.

7.30 pagi kitorang bertolak dari rumah, sampai Bukit Tinggi dalam 9.15 pagi camtu. Sampai sana perut pun dah kebulur so apa kata kita makan dulu~ Disebabkan trip ni adalah trip bajet makanya semuanya haruslah bajet-bajet sahaja. Thanks to my friend yang masakkan nasi goreng tomyam dan lempeng cicih sambal tumis. Perghhhh...marveles. He3...

Other than driving, visitors can also reach this place by using public transportation either taxi or bus. If you are from Kuala Lumpur, you can ride bus at Berjaya Times Square and it will take about 45 minutes.

Laluan ke golf club
Bukit Tinggi is located at 2500 feet above the sea level. Weather is cold katanya. Tapi masa aku sampai sana tak adalah sejuk pun. Mungkin kalau awal-awal pagi sejuk la kot. Bila dah tengahari panasnya lebih kurang je macam kat KL.

Entrance fee is RM13 (adult) and RM8 (child), bayar once sampai kat guard house. Pastu jalanlah mana korang nak jalan. Tapi ada certain parks yang kena bayar separate entrance fee. Contohnya Animal Park, sempat singgah je...tak masuk pun. Tapi animal park tu macam dah naik harga, RM4 seorang.
 
Kat sini ada The Chateau Spa and Organic Wellness Resort and Colmar Tropicale. So kalau agak-agak nak try bermalam, boleh lah cuba. Harga bilik menikam jiwa gak la.

The Chateau Spa and Organic Wellness Resort di kejauhan
Attraction lain kat sini macam Japanese Village, French Village, Adventure Park, Horse Trails and Botanical Garden. We only get to spend half of the day, hence manage to cover Japanese Village and French Village.







Rasa best je duduk kat French Village ni. Macam tengah melancong kat oversea rasa. Takpelah...berangan dulu. Mana tau jadi kenyataan suatu hari nanti. Berangan tu kan free, bukan kena bayar pun. Hihihi~

Kat sini pun  ada live performance. Stage dia tak jauh daripada observatory  deck tu, bertentangan dengan souvenir shop kalau tak silap. Time dia boleh tengok kat bawah ni.


The best part of this trip is the 6D Motion Adventure show. Ticket priced is RM17 for adult and RM14 for children. The show is about 10 minutes only. Visitors can choose between two short films and we choose the roller coaster one. In reality, I CONFIRMED that I will not ride that kind of roller coaster. Sumpah...mintak nyawa! (sah-sah aku memang dasar penakut ahaksss~)


Then, Japanese Village off we go.


How to get there? :
(I) Drive your own car
(II) Ride shuttle bus. Tempat tunggu shuttle bus adalah kat khemah biru tu (Sadis tau tempat ambil  shuttle bus camni. Nak je aku propose kat management mintak buat proper sikit).
(III) Rent bicycle. This is for those yang sangat tabah nak mendaki bukit tinggi yang bakal menyiksa paha anda.


Marilah kita mengembara ke dalam hutan sekejap. Penat dah duduk dalam hutan batu, hari ni kita masuk hutan tropika pulak.

Turun dari shuttle bus, ingatkan dah boleh terus sampai ke sini. Rupanya...kena naik tangga ala-ala tangga kat Seongsan Ilchulbong, Jeju Island tu (tetiba rindu Korea...eh???). Jangan ingat lepas naik tangga dah sampai tau. Lepas tangga...bukit pulak. Aduhhh...aduhhh...duh...duh...duh...Semput wei!

Jom layan gambar.




Disebabkan kami datang time public holiday, makanya spa ni tutup. Tapi kat luar tu adalah signboard harga setiap service provided. Again...menikam kalbu! Ooo~lupa pulak. Kat Japanese Village ni boleh sewa kimono pada harga RM20, boleh gambar-gambar kat sekitar area ni. Tapi ndak la aku sewa sebab rasa cam tak berbaloi lak. Dasar cheapskate sebenarnya.



This bamboo tree reminded me of Damyang :CI
 


Kesimpulannya, siapa-siapa yang nak lari sekejap dari kesibukan kota tu bolehlah jenguk ke sini. But don't expect too much. Banyak benda boleh/kena improve.

0 comments: