안녕...
Disebabkan baru dua kali makan kat sini, so recommendation pun berdasarkan apa yang aku pernah makan dan ikut selera aku je la. Lain orang lain seleranya. Itu hak masing-masing...takde sapa nak halang.
Hai laaa...lamanya tak masuk sini. Rindu lak rasa nak membebel sorang-sorang. Kali ni nak cerita pasal makan plak...walaupun entry pasal Spring Trip aritu tu pun tak start lagi. Dok ada lagi kat draft tu. Saja je nak peram lama-lama bagi busuk :B
Ni kejadian hari semalam di mana tetiba datang last minute idea nak makan kat Sepiring. Ye...Sepiring nama restaurant tu. Takde dua tiga piring...satu sahaja titik!
Sepiring ni letaknya di IOI City Mall berdepan dengan District 21 kat level L1 tu dan bersebelahan dengan ice rink. So bolehlah cuci-cuci mata sambil makan. So senang je nak cari kedai ni. Asyik makan Hansik je...arini kita back to root ok! Sebenarnya ni kali kedua aku makan kat sini.
Sepiring Uniquely Malaysia offers an exciting menu of traditional Malaysian meals in a contemporary style, ranging from its signature Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik and Nasi Lemak with Rendang Ayam Kunyit, to its scrumptious Nyonya Laksa and Spicy Smoked Beef Pasta, to its homemade Yam Cake, Penang Rojak and BBQ Chicken and Grilled Cheese Toast.
Source : Google |