Showing posts with label Kansai Trip 2017. Show all posts
Showing posts with label Kansai Trip 2017. Show all posts

19 January 2018

Dotonbori

Pejam celik...pelik celik rupanya dah dekat setahun sejak aku balik dari Jepun. Cepat sungguh masa tu berjalan, kan. Tak sedar pun. Tak sedar jugak umur pun dah makin meningkat. Opssss...๐Ÿ˜…

Lepas isi perut sampai kenyang, aku pergi Dotonbori. Alahhh... tempat yang famous dengan Glico Man tu. So, pergi balik kat Osakako St. tu ⇒ Transfer kat Hommachi St ⇒ Namba St (Exit 15B). Masa kat Hommachi ni sempatlah tunaikan hajat PIC nak singgah Hard Rock Cafe. Alkisahnya HRC kat sini keluar ikut Exit 9. Betul² tepi jalan. Tapi kecil je...pilihan pun tak banyak. Rasanya kalau nak pergi HRC kat Osaka ni better pergi yang kat Universal Studio tu. Gambar tak sempat lak nak snap. Settle memborong HRC, naik balik train pergi Namba. Yerlaaa...tujuannya kan nak naik cruise (lagiiiik). Rugi tau kalau tak guna betul² OAP ni. 

Sampai Namba St. keluar Exit 15B...time² ni lah egg wifi habis bateri. Cuak sekejap sebab tak tau nak arah ke mana. Last2 aku main jalan je dengan harapan jangan sesat, ์žฌ๋ฐœ... Berjalanlah aku ke arah kiri dan belok ke kanan sebab tengok ramai je orang ikut jalan tu๐Ÿ˜Š Tadaaa...sekali nampak kedai crab besar kat bawah ni. Time ni keyakinan aku dah semakin tinggi๐Ÿ˜ sebab aku tau kedai crab besar tu landmark yang confirm takkan silap.


Ramai giler orang kat sini. So dari sini aku jalan je terus. Tak jauh tu stop lagi. Jumpa ๐Ÿ‘‡ ni plak. Yang ni aku suka. Hahahaa...jakun jap. Bertukar jadi kanak² ribena...join the crowd walaupun mula² tak faham apa yang dorang ni buat ramai². Kalau pandai cubalah teka and cari.



River cruise ni sampai pukul 9 malam. Tapi aku nye slot pukul 6.30 petang. Cruise ni memang dah cover dalam OAP tapi still kena pergi kaunter tiket dia...tak jauh pun dari waiting deck kat bawah ni. Just tunjuk OAP nanti dia akan bagi tiket. Boat ni runs every 15 min selama 20 min lebih kurang.


Since slot aku tu lama lagi sempatlah bergambar dengan landmark tempat ni sebelum hari gelap.


Sempat jugalah aku cuci mata kat Shinsaibashi-suji tu. Tempat ni memang happening. Macam² ada. Ala-ala Myeongdong Street tapi berbumbung. Souvenir pun ada jual kat sini tapi aku tak belilah sebab lama lagi nak balik. Some more malas nak berangkut² nanti. Tapi PIC aku selamba dia je menyopingkan diri tanpa rasa bersalah๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€


Dalam 6.15 petang camtu aku patah balik kat deck. Since jarak depart antara boat tu tak lama memang ada confuse sikitlah time nak beratur tu. Tapi nasib baik ada Oppa ni jaga timing dan cari orang. So, ikut je lah arahan dia. Of course lah aku tak faham dia cakap apa kan...alert je lah dengan card yang dia tunjuk tu. Jangan degil sangat plak. Kang ada yang kena luku.




But honestly next time kalau nak naik lagi better amik yang after 7 p.m. Time aku tu lampu² tak meriah lagi. So aku just nampak view waktu hari masih siang. 


Lagipun kalau dalam 7 lebih sikit akan ada computer graphic movie show kat Glico Man tu. Ikutkan kata guide aku tu, waktu kitorang sampai kat Glico tu show sepatutnya dah ada tapi hari ni lambat pula. So I guess...nasib² je lah. 


Area sini waktu malam memang happening. Ada band nyanyi juga kat sini dengan costume kartun animasi Jepun. Best je nak layan. Tapi tak lama pun aku layan sebab dah mula sejuk. Jalan sikit² yang tak berapa nak sikit tu pastu terus balik. Nak kemas beg lagi, esok nak berpindah-randah ke Kyoto lak.




27 August 2017

Osaka Bay Santa Maria River Cruise


Turun dari ferris wheel tadi jalan ke sebelah kiri dah sampai Port of Osaka. Dekat je. Tujuan ke sini adalah nak naik river cruise kat atas tu - Santa Maria Day Cruise. Selain tu, ada satu lagi cruise waktu malam iaitu Santa Maria Twilight Cruise. Tapi untuk setiap penggunaan OAP cuma boleh pilih salah satu je antara dua cruises tu. So, kami pilih day cruise saja. Macam kapal lanun, kan๐Ÿ˜€


Nak naik cruise ni kena bayar ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak), tapi dengan OAP naik free saja๐Ÿ™Œ. Kaunter tiket kat tingkat atas. Tapi kalau ada OAP tak perlu exchange pun, pergi je beratur dekat pier dan tunjuk pass. Waktu operasi cruise ni dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, sejam sekali sebab kalau cruise yang siang ni it takes 50 minutes to complete the route. Compared to day cruise, twilight cruise takes 105 minutes to complete the journey. Night cruise start jam 7.00 petang. 


Slot yang aku naik ni ramai orang. Tak ingat pukul berapa tapi rasanya dalam pukul 1.00 or 2.00 lebih camtu. Nak naik kenalah beratur,kan. Kalau nak dapat tempat duduk best...kenalah cepat. Kitorang dapat duduk kat seat belakang sekali kat deck atas yang ada flag tiga tu. Free seating...so siapa cepat dia dapat.


Dari awal naik cruise cuaca dah mendung...angin memang kuat giler takyah cakap. Rasa nak terbang je. Aku turun deck bawah disebabkan angin yang terlalu kuat tu. Tinjaulah apa yang ada kat bawah ni. Rupa-rupanya besar juga kapal ni. Kat tingkat bawah ada lagi seating area dan juga cafe. So, kalau rasa cam dahaga ke lapar ke...bolehlah jenguk apa yang boleh dimakan. Tapi sah-sahlah on your own discretion.




Mungkin sebab angin dan hujan tu, cafe ni penuh masa aku sampai. Jalan lebih kurang, aku baik balik ke deck luar. Bila tengok kat  deck paling atas, dah tak ramai orang kat situ. Boleh dikatakan kosong hahhaaa...padahal masing-masing berebut nak duduk kat atas masa mula-mula naik tadi. Semua orang dah beralih cari tempat yang selamat๐Ÿ˜€

Masa ni boleh nampak ombak yang kuat. Ambil gambar pun habis terbang tudung. Sedar tak sedar, berakhirlah sudah 50 minit perjalanan menyelusuri sungai. Rasa cam kejap pulak. Nasib baik juga hujan tak lebat masa sampai kat pier. Renyai-renyai je.

Turun dari kapal kami decided untuk pergi makan kat Bab-Ul-Hayat. Dari research yang aku buat setakat ni, itulah satu-satunya restoran makanan halal yang ada kat Tempozan Marketplace. Kalau rajin nanti aku buat entry lain. Sekarang ni makin malas pula nak update blog๐Ÿ˜ธ
  





7 July 2017

Tempozan Harbor Village


ใ“ใ‚“ใซใกใฏ


Next destination is Tempozan Harbor Village. How to get there? As today is our last day to use AOP, by using subway we get off at Osakako Station Exit 1. Masa ni tak tau pun nak tuju arah mana, tapi ikut je crowd sebab mostly semua orang memang nak ke situ. Go straight je then I could see the huge ferris wheel from far. 

Along the way tu, banyaklah kedai-kedai souvenir kanan dan kiri. Pernah baca kat blog mana ntah katanye harga souvenir kat area ni antara yang termurah, siap dapat free gift lagi. Tapi aku tak singgah pun, toleh-toleh je. 

Tempozan Harbor Village is a wide area with various activities and attractions waiting us to explore. For today, I could only be able to ride the ferris wheel, Santa Maria Cruise, having lunch at Bab-Ul-Hayat bfore wandering around Tempozan Marketplace.

A fun-to-ride Tempozan Ferris Wheel
By using OAP, entrance fee is free. Normal fee is ¥800. Just show the pass and I get the ticket to on board. Masa line up ada dua line. Line tu maksudnya samada kita nak naik transparent car or normal car. Kalau transparent masa ni have to wait for 15 minutes (maybe sebab arini ramai visitors kot), so aku ambil yang car biasa je walaupun teruja nak cuba yang tu. Car biasa ni sampai turn boleh terus naik. 

Bila sampai turn kitorang, ada pekerja kat situ tegur kata nak ambil gambar kitorang. Bahasa senangnya...dia jual la gambar tu. Kalau rasa ok boleh beli, kalau tak nak beli pun takpe. Tapi aku tak ingat harga gambar tu sebab tak beli. PIC je yang beli. Rasanya dalam ¥1,000+ sekeping. Lepas ambil gambar, barulah dapat naik car. Teruja gitewww๐Ÿ˜




Last picture tu sebenarnya masa kami berada di atas sekali. View memang cantik, tapi disebabkan aku lupa nak tukar setting camera...jadiklah gambar macam kelam-kelam kelabu asap je. Tambahan pula masa ni cuaca memang panas sangat dan cahaya memang tip-top la. I bet night view dari atas ni mesti lagi cantik.

Tak puas sebenarnya naik ferris wheel ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Rasa macam nak naik lagi tapi cuma boleh naik sekali je. Takpelah next time okay...kita datang malam pula. In Shaa Allah...kalau ada rezeki.




28 May 2017

Umeda Sky Building

ใ“ใ‚“ใซใกใฏ

Bermulalah hari ke-2 di Jepun. Lokasi pertama yang dituju pagi ni adalah Umeda Sky Building. Nak pergi sini turun kat Umeda Station Exit 5. Keluar dari station, jalan ke arah kiri dan ambik kiri lagi dekat intersection. Jalan terus sampai jumpa traffic light, cross the crossinng line belah kanan and cross lagi crossing line lepas cross jalan tu and jalan terus. Lepas passby shopping mall, take the underground passage and cross the crossing line lepas keluar dari underground passage tu. Umeda Sky Building depan tu je.


Pukul 9.20am aku dah terpacak kat depan bangunan ni. In 2008, this building is entitled as top 20 buildings around the world alongside Taj Mahal and other historical buildings. Tengok je la design dia...memang unik.


Ingatkan buka pukul 9.30am. Jumpa dua Malaysian kat bawah ni katanya buka pukul 10.00am. Eh??? Aku silap infokah๐Ÿ˜• Takpelah...sementara tunggu dia buka, jalan² dulu kat area buildiing ni.

Willer Express Cafe - tak sure station bus nya kat mana

Little park in in front of the building

Arch

Small garden opposite the building

Habis pusing, aku naik ke tingkat 3 guna eskalator. Dari sini kena naik lif pulak sampai tingkat 35. 

Ni yang paling tak menahan...open at 9.30am ye! Rugi setengah jam. That is the importance of trusting yourself๐Ÿ˜ž

Entrance fee ¥1,000, again sebab guan OAP entrance adalah free. Untong pakai OAP ni...nampak macam semua free๐Ÿ˜€. Lepas keluar lif...belum sampai lagi observatory. Observatory kat tingkat 39. Ni yang lagi best best๐Ÿ˜ฑ

Ada brani nak naik sampai tingkat 39๐Ÿ˜
Hahahaa...travel partner buat drama pula kat sini takut naik naik eskalator ni. Tapi memang gerun pun especially kalau jenis yang gayat. Tinggi kot...kanan kiri atas bawah semua boleh nampak. Tapi percayalah...bila sampai tingkat 39 nanti semua tu akan hilang. Chaiyokkk๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Photo spot
Kat level 39 ni pun kita boleh nampak keselruhan bandar Osaka ni selain kat tingkat 40 nanti.  

Kepadatan bandar Osaka. Time ni pun ada some part yang kita boleh nampak masih ada projek pembangunan sedang dijalankan

Highlight of level 39 ni adalah gambar kat bawah. Ada kelainan pada building dalam gambar kat bawah ni. Masa tengah buat research untuk itinerary, I get to know about this building. Inilah yang buat aku excited sangat nak pergi sini sebenarnya. Kalau perati betul² gambar kat bawah ni, macam ada jalan yang tembus dalam bangunan. Mampu??? Tu lah yang aku kagumnya. Mungkin disebabkan kepadatan bandar ni sendiri yang sebabkan arkitek dia came up dengan idea tebuk bangunan untuk buat jalanraya. Hurmmm...bijak gak. Jimat tanah. Dan yang aku perasan gak setakat ni, sesetengah tempat tu sampai bertingkat² jalan dia. Pening tengok tapi nampak teratur.

Spot the difference...
Tak habis lagi kekaguman aku dengan gambar kat atas ni. Aku tak ingat dari blog mana aku dapat tau pasal tempat ni (maaflah tuan punya blog...tapi aku berterima kasih sangat sebab kenalkan aku dengan tempat ni), bangunan tu nama dia Gate Tower Building or TKP Garden City Umeda Osaka. According to Wikipedia, bangunan setinggi 16 tingkat ni ditebuk dari tingkat 5 hingga 7 untuk construction jalanraya ni. Selain dari dia tebuk tingkat 5 hingga 7 untuk bina highway, elevator dalam bangunan ni juga akan skip dari tingkat 4 ke 8. Haaa...yang tu aku takleh bayangkan macam mana dia buat walaupun teringin sangat nak tau. Bangunan ni juga dilindungi dari getaran dan bunyi bising supaya tak mengganggu penghuni lain dalam bangunan ni because asalnya ia adalah office building๐Ÿ˜ฎ. Malangnya masa ni takde kereta pun yang pass through the building. Kuciwaaa...Proses pembinaan juga tak mudah sedari awal. Tapi akhirnya ia menjadi bangunan pertama di Jepun yang seumpama ini (tiba² rasa macam ayat aku jadi skema pula). Kalau tak silap pembacaan aku juga, arkitek highway ni adalah arkitek yang sama yang design Kyoto Station (yang ni carik balik info tu tak jumpa). Satu lagi info yang aku dapat lepas aku balik dari Jepun ialah bangunan ni tak jauh pun dari Osaka Station, cuma dalam 10 minit je jalan kaki. Damn!!! Credit to Forbes dan juga JapanTravel.com. Ada alasanlah nak datang lagi tu๐Ÿ˜ˆ.

Opsss...terpanjang pulak kejakunan aku pasal building ni. Ok...back to topic. Lepas tingkat 39, aku naik tingkat 40 pula. Kat sini adalah observatory deck dia dan ada cafe juga. View kat sini memang cantik. Tapi time tu sangatlah panasnya tapi berangin yang kuat. Rasa macam nak terbang pun ada.

Nice view from the deck

Each of the bridges have different functions

Love Lock pun ado...

Healing view of Osaka City

Penat berpanas, kite pekena air sejuk sat kat Sky Cafe 40. Bolehlah duduk lepak² sambil menghayati view depan mata. 

Jangan ditanya harga semua ni. Nikmati saja view di hadapan mata๐Ÿ˜… Yang penting sedap...

Lepas makan, turun balik ke tingkat 39. Kat sini ada souvenir shop, harga menikam kalbu gak. Tapi nice la souvenir dia. Tak beli apa pun just tengok² je. Pastu guna semula eskalator tadi untuk turun ke tingkat 35. Nak turun ni tak rasa apa sangat compared masa nak naik tadi.
See-through escalator go up to Level 39 from Level 35
Sampai je bawah, aku terus gerak ke subway station semula untuk ke next destination. Dah half way ke subway station baru teringat. Alamakkk!!! Camne la aku boleh lupa ni. Kat basement Umeda Sky Building tu ada satu lagi tempat yang boleh pergi. Dia macam ala² old street, Takimi Lane of Restaurant. Sengal betullah...nak patah balik dah jauh. Sudahnya ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ dalam hati je. Dengan hati yang gundah-gelana tu aku jalan je la. Sedey tau...punya lah beria aku buat itinerary last² boleh lupa camtu je. Huhuuu~







27 May 2017

Osaka Castle

ใ“ใ‚“ใซใกใฏ

Ada few routes untuk explore Osaka Castle ni, tapi aku pilih untuk masuk melalui recommended route through Otemon Gate. So dari Tenjimbashisuji 6-chome St. aku keluar Tanimachi 4-chome Exit 1. Keluar je dari station ni kena jalan kaki sikit...berpeluh gak lah๐Ÿ˜… Jalan punye jalan...jumpa sungai...lalu padang...nampak information board...ddengggg!!! Close at 5.00pm...Last jualan tiket pada 3.30pm...Last admission 4.30pm. Sadis...tengok jam 4.33pm๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Alang-alang dah sampai tu jalan je la walaupun tak dapat masuk castle. Maka aku pun terus je lah jalan sebab dari padang ni nak ke castle tu pun kena menapak gak lagi.


Orang masih ramai masa aku sampai kat castle ni. Walaupun tak dapat masuk castle, tapi ramai je orang yang masih berlegar-legar kat sekitar ni. Ada juga souvenir shop, kedai makan, stall semua so walaupun castle tu dah tutup still meriah. Time ni pun panas petang dia boleh tahan terik. 


Osaka Castle ni dikatakan was struck by lightening and burnt down. Kat sini juga ada Nishinomaru Garden yang cantik especially masa cheery blossom. Ramailah orang berhanami kat sini. Tapi aku tak sempat nak jalan-jalan kat garden dia. Lagipun makin nak malam, angin dia~~~ya ampunnn. Sejukkkk...Dahlah aku ni pakai baju selapis biasa je. 


Cantik castle walau dari luar. Kalau dapat masuk dalam mesti lagi best. Entrance fee castle tower ni ¥600. Nishinomaru Garden tu pula entrance fee cuma ¥200 close on every Monday and new year. Both fees adalah free dengan OAP. Garden ni pun sampai pukul 5.00pm je tapi masa cherry blossom di extend sampai pukul 9.00pm.



Hurmmm...kaki pun dah penat. Lagipun first day kan...masih dalam adjusting mode. Kita bagi dia rilek dulu...jomlah balik. Keluar je dari Osaka Castle tu pun dah nak gelap. Eh...makin ramai pulak orang a.k.a budak² sekolah kot kat depan gate ni. Dorang macam ada event...contest ke apa ntah. 

Then, aku gerak semula ke subway yang aku datang tadi. On the way nak keluar ke gate depan ni aku terperasan signage tunjuk arah ke JR Osakajokeon St. Mungkin tak jauh la kot dari sini. Tapi OAP tak cover JR train so that berjalanlah semula aku ke subway station tadi. Sesekali ditampar angin...perghhh!!!


Kyoto Tower at night
Dari Kyoto Station, aku jalan je balik ke hotel. Adalah dalam 10-15 minit camtu. On the way tu singgah convenient store jap cari² apa yang patut, Belek punya belek macam takde apa yang menarik hati. Sudahnya cuma beli mineral water je. Lepas bersihkan diri, baringkan badan...๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด. Tamatlah Day-1 pengembaraan aku di negara matahari terbit ni. Sengaja tidur awal sebab nak prepare tenaga dan kaki untuk hari esok๐Ÿ˜„.