30 October 2015

Sepiring IOI City Mall

안녕...

Hai laaa...lamanya tak masuk sini. Rindu lak rasa nak membebel sorang-sorang. Kali ni nak cerita pasal makan plak...walaupun entry pasal Spring Trip aritu tu pun tak start lagi. Dok ada lagi kat draft tu. Saja je nak peram lama-lama bagi busuk :B
 
Ni kejadian hari semalam di mana tetiba datang last minute idea nak makan kat Sepiring. Ye...Sepiring nama restaurant tu. Takde dua tiga piring...satu sahaja titik!
 
Sepiring ni letaknya di IOI City Mall berdepan dengan District 21 kat level L1 tu dan bersebelahan dengan ice rink. So bolehlah cuci-cuci mata sambil makan. So senang je nak cari kedai ni. Asyik makan Hansik je...arini kita back to root ok! Sebenarnya ni kali kedua aku makan kat sini. 

Sepiring Uniquely Malaysia offers an exciting menu of traditional Malaysian meals in a contemporary style, ranging from its signature Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik and Nasi Lemak with Rendang Ayam Kunyit, to its scrumptious Nyonya Laksa and Spicy Smoked Beef Pasta, to its homemade Yam Cake, Penang Rojak and BBQ Chicken and Grilled Cheese Toast. 
Source : Google
Disebabkan baru dua kali makan kat sini, so recommendation pun berdasarkan apa yang aku pernah makan dan ikut selera aku je la. Lain orang lain seleranya. Itu hak masing-masing...takde sapa nak halang.
Nasi Ulam with Ayam Percik (Source : Sepiring's website)
Nasi Ulam ni adalah hidangan pertama yang aku rasa dekat sini. Tak pasti samada perut aku yang kecik (heheee...) atau portion dia memang besar. Kalau ada yang makan, boleh makan dua orang satu pinggan ni. Memang banyak. Tambah dengan ayam percik, ulam, telur masin dan keropok lekor. Memang satu set. Puas hati! Keropok lekor tu pada aku sangat kena dengan selera aku...plus dia rangup. Crunchy crunchy gitu.

Bubur Cha Cha
Member aku pelik kenapa bubur Cha Cha ni ada keledek bagai. Nak gelak pun ada. Hahahaa...미안해 친구. Pada aku biasa je sebab aku dah pernah jumpa bubur Cha Cha yang stail gini.


Nyonya Laksa
Ooo....gini rupanya Nyonya Laksa. Masak guna santan. Maaflah aku jakun sikit sebab ni first time nak rasa. Tu pun sebab ada tanda 'good' kat menu. Not bad but tak berapa masuk ngan aku sebab aku tak gemar santan.

Laksa Asam
Yang ni takleh nak review sebab tak rasa. Member order. Tapi dia makan habis...sedaplah kot.
 
Durian Crepe
Tadaaa...out of all the foods here so far this is my favourite. Sedap hingga menjilat jari. Nyum nyum...serius tak tipu, giler punya sedap! Makan ni je pun tak apa, aku sanggup. Tapi jangan tanya harga. Tak berbaloi dengan kuantiti. Member aku cakap..."pinggan besar-besar, ini je isinya" Lebih kurang camtu lah bunyinya. Tapi pada aku ok je...sebab rasanya adalah amat-amat berbaloi. Terasa durian dia. Kulit dia pun nipis je tak macam sesetengah orang buat, kulit dia tebal dan isi durian tu kurang. But this one, I tell you...you won't regret!

Ice Peach Tea...kalau aku tak salah ingat nama dia la
Selalu orang wat Ice Lemon Tea, but this one adik dia nama Ice Peach Tea. Sedap gak. Actually it comes with set dengan Nyonya Laksa and Asam Laksa and few others as shown in the menu. Tak rugi cuba!

 

0 comments: