28 May 2017

Umeda Sky Building

こんにちは

Bermulalah hari ke-2 di Jepun. Lokasi pertama yang dituju pagi ni adalah Umeda Sky Building. Nak pergi sini turun kat Umeda Station Exit 5. Keluar dari station, jalan ke arah kiri dan ambik kiri lagi dekat intersection. Jalan terus sampai jumpa traffic light, cross the crossinng line belah kanan and cross lagi crossing line lepas cross jalan tu and jalan terus. Lepas passby shopping mall, take the underground passage and cross the crossing line lepas keluar dari underground passage tu. Umeda Sky Building depan tu je.


Pukul 9.20am aku dah terpacak kat depan bangunan ni. In 2008, this building is entitled as top 20 buildings around the world alongside Taj Mahal and other historical buildings. Tengok je la design dia...memang unik.


Ingatkan buka pukul 9.30am. Jumpa dua Malaysian kat bawah ni katanya buka pukul 10.00am. Eh??? Aku silap infokah😕 Takpelah...sementara tunggu dia buka, jalan² dulu kat area buildiing ni.

Willer Express Cafe - tak sure station bus nya kat mana

Little park in in front of the building

Arch

Small garden opposite the building

Habis pusing, aku naik ke tingkat 3 guna eskalator. Dari sini kena naik lif pulak sampai tingkat 35. 

Ni yang paling tak menahan...open at 9.30am ye! Rugi setengah jam. That is the importance of trusting yourself😞

Entrance fee ¥1,000, again sebab guan OAP entrance adalah free. Untong pakai OAP ni...nampak macam semua free😀. Lepas keluar lif...belum sampai lagi observatory. Observatory kat tingkat 39. Ni yang lagi best best😱

Ada brani nak naik sampai tingkat 39😁
Hahahaa...travel partner buat drama pula kat sini takut naik naik eskalator ni. Tapi memang gerun pun especially kalau jenis yang gayat. Tinggi kot...kanan kiri atas bawah semua boleh nampak. Tapi percayalah...bila sampai tingkat 39 nanti semua tu akan hilang. Chaiyokkk💪💪💪

Photo spot
Kat level 39 ni pun kita boleh nampak keselruhan bandar Osaka ni selain kat tingkat 40 nanti.  

Kepadatan bandar Osaka. Time ni pun ada some part yang kita boleh nampak masih ada projek pembangunan sedang dijalankan

Highlight of level 39 ni adalah gambar kat bawah. Ada kelainan pada building dalam gambar kat bawah ni. Masa tengah buat research untuk itinerary, I get to know about this building. Inilah yang buat aku excited sangat nak pergi sini sebenarnya. Kalau perati betul² gambar kat bawah ni, macam ada jalan yang tembus dalam bangunan. Mampu??? Tu lah yang aku kagumnya. Mungkin disebabkan kepadatan bandar ni sendiri yang sebabkan arkitek dia came up dengan idea tebuk bangunan untuk buat jalanraya. Hurmmm...bijak gak. Jimat tanah. Dan yang aku perasan gak setakat ni, sesetengah tempat tu sampai bertingkat² jalan dia. Pening tengok tapi nampak teratur.

Spot the difference...
Tak habis lagi kekaguman aku dengan gambar kat atas ni. Aku tak ingat dari blog mana aku dapat tau pasal tempat ni (maaflah tuan punya blog...tapi aku berterima kasih sangat sebab kenalkan aku dengan tempat ni), bangunan tu nama dia Gate Tower Building or TKP Garden City Umeda Osaka. According to Wikipedia, bangunan setinggi 16 tingkat ni ditebuk dari tingkat 5 hingga 7 untuk construction jalanraya ni. Selain dari dia tebuk tingkat 5 hingga 7 untuk bina highway, elevator dalam bangunan ni juga akan skip dari tingkat 4 ke 8. Haaa...yang tu aku takleh bayangkan macam mana dia buat walaupun teringin sangat nak tau. Bangunan ni juga dilindungi dari getaran dan bunyi bising supaya tak mengganggu penghuni lain dalam bangunan ni because asalnya ia adalah office building😮. Malangnya masa ni takde kereta pun yang pass through the building. Kuciwaaa...Proses pembinaan juga tak mudah sedari awal. Tapi akhirnya ia menjadi bangunan pertama di Jepun yang seumpama ini (tiba² rasa macam ayat aku jadi skema pula). Kalau tak silap pembacaan aku juga, arkitek highway ni adalah arkitek yang sama yang design Kyoto Station (yang ni carik balik info tu tak jumpa). Satu lagi info yang aku dapat lepas aku balik dari Jepun ialah bangunan ni tak jauh pun dari Osaka Station, cuma dalam 10 minit je jalan kaki. Damn!!! Credit to Forbes dan juga JapanTravel.com. Ada alasanlah nak datang lagi tu😈.

Opsss...terpanjang pulak kejakunan aku pasal building ni. Ok...back to topic. Lepas tingkat 39, aku naik tingkat 40 pula. Kat sini adalah observatory deck dia dan ada cafe juga. View kat sini memang cantik. Tapi time tu sangatlah panasnya tapi berangin yang kuat. Rasa macam nak terbang pun ada.

Nice view from the deck

Each of the bridges have different functions

Love Lock pun ado...

Healing view of Osaka City

Penat berpanas, kite pekena air sejuk sat kat Sky Cafe 40. Bolehlah duduk lepak² sambil menghayati view depan mata. 

Jangan ditanya harga semua ni. Nikmati saja view di hadapan mata😅 Yang penting sedap...

Lepas makan, turun balik ke tingkat 39. Kat sini ada souvenir shop, harga menikam kalbu gak. Tapi nice la souvenir dia. Tak beli apa pun just tengok² je. Pastu guna semula eskalator tadi untuk turun ke tingkat 35. Nak turun ni tak rasa apa sangat compared masa nak naik tadi.
See-through escalator go up to Level 39 from Level 35
Sampai je bawah, aku terus gerak ke subway station semula untuk ke next destination. Dah half way ke subway station baru teringat. Alamakkk!!! Camne la aku boleh lupa ni. Kat basement Umeda Sky Building tu ada satu lagi tempat yang boleh pergi. Dia macam ala² old street, Takimi Lane of Restaurant. Sengal betullah...nak patah balik dah jauh. Sudahnya 😭😭😭 dalam hati je. Dengan hati yang gundah-gelana tu aku jalan je la. Sedey tau...punya lah beria aku buat itinerary last² boleh lupa camtu je. Huhuuu~







27 May 2017

Osaka Castle

こんにちは

Ada few routes untuk explore Osaka Castle ni, tapi aku pilih untuk masuk melalui recommended route through Otemon Gate. So dari Tenjimbashisuji 6-chome St. aku keluar Tanimachi 4-chome Exit 1. Keluar je dari station ni kena jalan kaki sikit...berpeluh gak lah😅 Jalan punye jalan...jumpa sungai...lalu padang...nampak information board...ddengggg!!! Close at 5.00pm...Last jualan tiket pada 3.30pm...Last admission 4.30pm. Sadis...tengok jam 4.33pm😢😢😢 Alang-alang dah sampai tu jalan je la walaupun tak dapat masuk castle. Maka aku pun terus je lah jalan sebab dari padang ni nak ke castle tu pun kena menapak gak lagi.


Orang masih ramai masa aku sampai kat castle ni. Walaupun tak dapat masuk castle, tapi ramai je orang yang masih berlegar-legar kat sekitar ni. Ada juga souvenir shop, kedai makan, stall semua so walaupun castle tu dah tutup still meriah. Time ni pun panas petang dia boleh tahan terik. 


Osaka Castle ni dikatakan was struck by lightening and burnt down. Kat sini juga ada Nishinomaru Garden yang cantik especially masa cheery blossom. Ramailah orang berhanami kat sini. Tapi aku tak sempat nak jalan-jalan kat garden dia. Lagipun makin nak malam, angin dia~~~ya ampunnn. Sejukkkk...Dahlah aku ni pakai baju selapis biasa je. 


Cantik castle walau dari luar. Kalau dapat masuk dalam mesti lagi best. Entrance fee castle tower ni ¥600. Nishinomaru Garden tu pula entrance fee cuma ¥200 close on every Monday and new year. Both fees adalah free dengan OAP. Garden ni pun sampai pukul 5.00pm je tapi masa cherry blossom di extend sampai pukul 9.00pm.



Hurmmm...kaki pun dah penat. Lagipun first day kan...masih dalam adjusting mode. Kita bagi dia rilek dulu...jomlah balik. Keluar je dari Osaka Castle tu pun dah nak gelap. Eh...makin ramai pulak orang a.k.a budak² sekolah kot kat depan gate ni. Dorang macam ada event...contest ke apa ntah. 

Then, aku gerak semula ke subway yang aku datang tadi. On the way nak keluar ke gate depan ni aku terperasan signage tunjuk arah ke JR Osakajokeon St. Mungkin tak jauh la kot dari sini. Tapi OAP tak cover JR train so that berjalanlah semula aku ke subway station tadi. Sesekali ditampar angin...perghhh!!!


Kyoto Tower at night
Dari Kyoto Station, aku jalan je balik ke hotel. Adalah dalam 10-15 minit camtu. On the way tu singgah convenient store jap cari² apa yang patut, Belek punya belek macam takde apa yang menarik hati. Sudahnya cuma beli mineral water je. Lepas bersihkan diri, baringkan badan...😴😴😴. Tamatlah Day-1 pengembaraan aku di negara matahari terbit ni. Sengaja tidur awal sebab nak prepare tenaga dan kaki untuk hari esok😄.





26 May 2017

Osaka Museum of Housing and Living

こんにちは

Lepas check in kat Hotel Taiyo (yang ni aku akan buat separate entry nanti), actually aku pergi makan penuhkan perut dulu. Hahahaa…padahal dah kenyang makan dalam flight. Tapi yerla…sebelum jalan tu baiklah isi penuh2 tank energy kan. Karang ntah bila lagi la nak jumpa source energy ni. Tempat pertama yang dituju ni adalah Museum House of Living Osaka. Bila kat tempat ni rasa macam kita berada pada zaman dulu kala masa Edo period dulu. 

Gambaran suasana Edo period dan inilah juga apa yang kita akan experience dalam museum ni

Museum ni located at Subway Tenjinbashisuji 6-chome Station Exit 3. Keluar je exit 3 terus toleh kiri, nanti akan nampak pintu nak masuk bangunan museum ni. Actually dia macam satu building dengan subway station tu sendiri, sebab aku takyah nak gerak ke mana pun. Toleh je kiri terus nampak pintu and jumpa kaunter. Pastu naik lif ke tingkat 8. Kat tingkat 8 ni nanti beli entrance ticket ¥600, since hari ni aku dah start pakai OAP so entrance fee is free. Just show the OAP in exchange for the ticket. Dalam ni juga boleh sewa kimono with separate fee (aku lupa berapa sebab aku tak sewa pun. Tapi murahlah) so rasalah macam ala-ala dok zaman period dulu kan. Masuk sini tak boleh bawa beg, tapi jangan risau sebab dorang ada sediakan locker. 



Ketahuilah bahawasanya takde satu pun gambar suci murni yang aku dapat. Sangatlah ramai umat time ni

Jemputlah masuk...
One of re-built room
Ni plak bahagian dapur kot

Dalam ni, visitors akan dapat rasa suasana malam dan siang pada zaman dulu kala.

Fireworks show...cantik sangat
Ni yang paling aku suka~
Zaman dulu kala sudah, jom balik pada zaman pemodenan Osaka. Masa nak on the way keluar daripada museum ni, ada satu bilik pameran pasal era pemodenan Osaka. Kat situ kita boleh tengok zaman peralihan macam mana Osaka mencapai apa yang dia ada hari ni.






Rasa aku tempat ni best jugalah tapi lagi best kalo aku dapat sewa kimono sambil berposing ala-ala gadis ayu gitu and ambil gambar tanpa ada orang yang photobomb. Huhuhu...macam dah terasa² penangan Golden Week tu.

Hari-hari biasa, museum ni tutup hari Selasa. Operation hour dari jam 10.00am sampai 5.00pm. Now dah lebih 3.30pm. Lepas ni nak pergi Osaka Castle lak. Ntah sempat ntah tak. So first day ni agak kelam-kabut gak lah sebenarnya. Jomlah gerak sekarang sebelum castle tu tutup.




25 May 2017

First Impression is a Key

こんにちは

28th April 2017

Akhirnya setelah 6-7 jam dalam flight, aku jejakkan juga kaki ke Kansai International Airport ni (KIX). Dah macam syahdu plak rasa...masih tak percaya akhirnya tercapai juga hasrat hati setelah sekian lama main tarik tali bagai. Kejap nak pergi...kejap kang cancel. Tapi itulah yang orang kata, hendak seribu daya.

Alkisahnya, aku memang tak berapa yakin bila decide nak wat trip pi Jepun ni. Macam-macam perasaan ada. Sebabnya aku rasa sangat susah masa nak susun itinerary, nak pilih cost-saving and efficient mode of transportation, dengan nilai ringgit yang ⧬🔻 lagi...and...and...bila aku tau date yang aku pergi tu adalah Golden Week kat Jepun😩😩. Damn!!! Kenapalah aku tak aware pasal benda ni. Tapi sebab tiket  ✈dah beli...aku pejamkan mata je lah walaupun dengar macam-macam pasal tu. Harapan aku mintak² ada miracle yang akan jadi.

Fligh aku semalam diawalkan, supposed pukul 11.45pm diawalkan ke 10.20 pm camtu. Imagine je lah memang 5.30am aku dah touch down. Giler awal. Aerotrain pun tak operate lagi😁Jauh gak la nak pi kat berjalan ke immigration tu. Lepas settle immigration aku just lepak kat airport je sebab nak tunggu kaunter H.I.S kat airport ni buka jam 8.30am. Kematu gak la tunggu kaunter tu buka😛 Sementara buat aktiviti melepak tu sempatlah aku explore airport ni and 💞😍😍😍. Well...bercuit ke negara maju katenya. Haruslah aku nak tau apa bezanya negara maju yang dikenali dengan kecanggihan teknologinya ni kan dengan negara² lain kan.

Based on aku punya observation...maka inilah hasilnya seba sedikit yang aku dapat simpulkan:

Because KIX provide HALAL certified restaurant for us to fulfill our tummy😂 The last time when I was in South Korea back in 2015, Incheon International Airport did not provide that kind of facility yet (Am I right? or I didn't know about it?)

1 Restroom
   
Bersih. Toilet ada bidet. Yesss...tu yang paling aku suka. Hence, no bottle needed😁😁

2 Dustbin

Why there is so hard to find a dustbin??? Walaupun susah nak jumpa dustbin...persekitaran tetap bersih dan terpelihara. Sampaikan terpaksa bawak balik hostel sebab tak jumpa tempat buang sampah. Kan bagus kalau itu boleh kita jadikan contoh dan tauladan. 

3 Travelling Passes❢❢❢

Japan is a very expensive country in term of transportation. This is why proper study and plan         important to travelers. With so many passes...so many routes...various prices offered..benda nilah sebenarnya yang paling buat aku pening and give up banyak kali. Tapi nasib baik ada otai-otai         FB page Road to Japan. Slowly aku belajar dan cuba fahamkan. Actually, sampai kat sini pun aku masih agak blur sebenarnya hahahaaa~ 

4 Politeness

Approaching the information center/counter staffs, not to forget the convenience stores staffs, they     are very friendly and helpful. Kalo aku jadi dorang...mesti penat sebab ayat standard je dari masuk     sampai keluar. "Ohaiyo gozaimasu", "konnichiwa", "arigatou gozaimasu". Some more..."You give     JPYXXX, the balance JPYXXX"⥤ translate on your own😃😃😃Selalunya kalau cashier pulangkan duit baki, main ambil je terus. Tapi dorang siap kira depan kita lagi. Adoiii...gelojoh sungguh la hang ni!😝 Tolong jangan contohi ye...

5Halal Food

Paling best pasal KIX ni adalah ada restoran jual Halal Food. Kalau tak silap aku kat Tingkat 2. Memang aku tau ada halal food tapi bila jumpa restorannya lagilah excited. Maksudnya aku takkan kebulur walau lepak lama kat airport ni🙌

So far, aku rasa ni je lah dulu komen aku. Nanti kalau ingat pape lagi, aku akan update.



11 May 2017