6 January 2016

Deuksugang Palace

Assalam & 안녕...

Mood malas makin menjadi-jadi sekarang. Sikit jek lagi...nak abis. Tabahlah duhai jari-jemariku.

Date : 1st April 2015
Location : Deuksugang Palace
Direction : City Hall St.

**********
 
Lepas balik dari KFV tadi, singgah jap Deuksugang Palace. Ni kali kedua aku pegi sini tapi kali pertama masuk. Last year masa pegi kali pertama cuma tengok changing Royal guard ceremony kat luar je. This time, masa sampai pun dah nak gelap...and tak ramai orang pun dalam tu. So, boleh lah pose gaya apa skalipun. Buat macam rumah sendiri. Oh ye...palace ni close at 9.00pm and last admission adalah pukul 8.00pm.
 
  Dah last-last ni malas plak nak membebel panjang-panjang. Tengok gambar jekla!
 
Comel je kereta ni

 
Satu-satunya antara 4 palaces yang ada binaan western style buildings kat dalamnya. Cantik gak palace ni waktu malam. Tapi sayang...gambar blur. Maksudnya lain kali kalo nak masuk mana-mana tempat...sila bawak kamera canggih yer :D


Bangunan ni kalau masuk dalam-dalam malam-malam mesti seram, kan. Aku yang cuma melilau kat luar dia pun terasa aura seram dia. Tak taulah boleh masuk dalam ke tak...sebabnya nampak Korean pun cuma gambar-gambar kat luar je.

 
Dalam kepala aku dok bayangkan...kalau lah tetiba ada lembaga putih berdiri sama kat pintu tu. Hihihiiii...(verangan memang free! Imaginasi terlampau...)
 

Di dalam kemodenan bandar Seoul...di celah-celah bangunan pencakar langit...masih tersimpan cebisan-cebisan sejarah yang terpelihara. How I wish................................................




From here, we proceed to Cheonggyecheon Stream. Jalan kaki je. Memang tak sah kalau tak pegi sini bila jejak Korea. Apa yang best ntah...aku pun tak tau. Tapi aku suka stream ni. Dok layan-layan perasaan jap...pastu balik lah.
 
Takleh balik lambat sangat. Tumpang rumah orang, kan. Aar...aku dah check out dari guesthouse and stay kat Itaewon, umah colleague aku. Itupun sampai rumah dah pukul berapa. Aku rasa adalah dalam kol 10 camtu kot. Sampai rumah mandi-mandi borak-borak sket...zZZzZzzz
 
End of Day 3.

 

0 comments: