28 May 2017

Umeda Sky Building

こんにちは

Bermulalah hari ke-2 di Jepun. Lokasi pertama yang dituju pagi ni adalah Umeda Sky Building. Nak pergi sini turun kat Umeda Station Exit 5. Keluar dari station, jalan ke arah kiri dan ambik kiri lagi dekat intersection. Jalan terus sampai jumpa traffic light, cross the crossinng line belah kanan and cross lagi crossing line lepas cross jalan tu and jalan terus. Lepas passby shopping mall, take the underground passage and cross the crossing line lepas keluar dari underground passage tu. Umeda Sky Building depan tu je.


Pukul 9.20am aku dah terpacak kat depan bangunan ni. In 2008, this building is entitled as top 20 buildings around the world alongside Taj Mahal and other historical buildings. Tengok je la design dia...memang unik.


Ingatkan buka pukul 9.30am. Jumpa dua Malaysian kat bawah ni katanya buka pukul 10.00am. Eh??? Aku silap infokah😕 Takpelah...sementara tunggu dia buka, jalan² dulu kat area buildiing ni.

Willer Express Cafe - tak sure station bus nya kat mana

Little park in in front of the building

Arch

Small garden opposite the building

Habis pusing, aku naik ke tingkat 3 guna eskalator. Dari sini kena naik lif pulak sampai tingkat 35. 

Ni yang paling tak menahan...open at 9.30am ye! Rugi setengah jam. That is the importance of trusting yourself😞

Entrance fee ¥1,000, again sebab guan OAP entrance adalah free. Untong pakai OAP ni...nampak macam semua free😀. Lepas keluar lif...belum sampai lagi observatory. Observatory kat tingkat 39. Ni yang lagi best best😱

Ada brani nak naik sampai tingkat 39😁
Hahahaa...travel partner buat drama pula kat sini takut naik naik eskalator ni. Tapi memang gerun pun especially kalau jenis yang gayat. Tinggi kot...kanan kiri atas bawah semua boleh nampak. Tapi percayalah...bila sampai tingkat 39 nanti semua tu akan hilang. Chaiyokkk💪💪💪

Photo spot
Kat level 39 ni pun kita boleh nampak keselruhan bandar Osaka ni selain kat tingkat 40 nanti.  

Kepadatan bandar Osaka. Time ni pun ada some part yang kita boleh nampak masih ada projek pembangunan sedang dijalankan

Highlight of level 39 ni adalah gambar kat bawah. Ada kelainan pada building dalam gambar kat bawah ni. Masa tengah buat research untuk itinerary, I get to know about this building. Inilah yang buat aku excited sangat nak pergi sini sebenarnya. Kalau perati betul² gambar kat bawah ni, macam ada jalan yang tembus dalam bangunan. Mampu??? Tu lah yang aku kagumnya. Mungkin disebabkan kepadatan bandar ni sendiri yang sebabkan arkitek dia came up dengan idea tebuk bangunan untuk buat jalanraya. Hurmmm...bijak gak. Jimat tanah. Dan yang aku perasan gak setakat ni, sesetengah tempat tu sampai bertingkat² jalan dia. Pening tengok tapi nampak teratur.

Spot the difference...
Tak habis lagi kekaguman aku dengan gambar kat atas ni. Aku tak ingat dari blog mana aku dapat tau pasal tempat ni (maaflah tuan punya blog...tapi aku berterima kasih sangat sebab kenalkan aku dengan tempat ni), bangunan tu nama dia Gate Tower Building or TKP Garden City Umeda Osaka. According to Wikipedia, bangunan setinggi 16 tingkat ni ditebuk dari tingkat 5 hingga 7 untuk construction jalanraya ni. Selain dari dia tebuk tingkat 5 hingga 7 untuk bina highway, elevator dalam bangunan ni juga akan skip dari tingkat 4 ke 8. Haaa...yang tu aku takleh bayangkan macam mana dia buat walaupun teringin sangat nak tau. Bangunan ni juga dilindungi dari getaran dan bunyi bising supaya tak mengganggu penghuni lain dalam bangunan ni because asalnya ia adalah office building😮. Malangnya masa ni takde kereta pun yang pass through the building. Kuciwaaa...Proses pembinaan juga tak mudah sedari awal. Tapi akhirnya ia menjadi bangunan pertama di Jepun yang seumpama ini (tiba² rasa macam ayat aku jadi skema pula). Kalau tak silap pembacaan aku juga, arkitek highway ni adalah arkitek yang sama yang design Kyoto Station (yang ni carik balik info tu tak jumpa). Satu lagi info yang aku dapat lepas aku balik dari Jepun ialah bangunan ni tak jauh pun dari Osaka Station, cuma dalam 10 minit je jalan kaki. Damn!!! Credit to Forbes dan juga JapanTravel.com. Ada alasanlah nak datang lagi tu😈.

Opsss...terpanjang pulak kejakunan aku pasal building ni. Ok...back to topic. Lepas tingkat 39, aku naik tingkat 40 pula. Kat sini adalah observatory deck dia dan ada cafe juga. View kat sini memang cantik. Tapi time tu sangatlah panasnya tapi berangin yang kuat. Rasa macam nak terbang pun ada.

Nice view from the deck

Each of the bridges have different functions

Love Lock pun ado...

Healing view of Osaka City

Penat berpanas, kite pekena air sejuk sat kat Sky Cafe 40. Bolehlah duduk lepak² sambil menghayati view depan mata. 

Jangan ditanya harga semua ni. Nikmati saja view di hadapan mata😅 Yang penting sedap...

Lepas makan, turun balik ke tingkat 39. Kat sini ada souvenir shop, harga menikam kalbu gak. Tapi nice la souvenir dia. Tak beli apa pun just tengok² je. Pastu guna semula eskalator tadi untuk turun ke tingkat 35. Nak turun ni tak rasa apa sangat compared masa nak naik tadi.
See-through escalator go up to Level 39 from Level 35
Sampai je bawah, aku terus gerak ke subway station semula untuk ke next destination. Dah half way ke subway station baru teringat. Alamakkk!!! Camne la aku boleh lupa ni. Kat basement Umeda Sky Building tu ada satu lagi tempat yang boleh pergi. Dia macam ala² old street, Takimi Lane of Restaurant. Sengal betullah...nak patah balik dah jauh. Sudahnya 😭😭😭 dalam hati je. Dengan hati yang gundah-gelana tu aku jalan je la. Sedey tau...punya lah beria aku buat itinerary last² boleh lupa camtu je. Huhuuu~







0 comments: