23 November 2014

IOICity Mall Putrajaya

Hoorayyy!!!

Another shopping mall opened in Putrajaya. So, orang-orang Putrajaya takde la patah kaki sangat bila tiba bab-bab 'buang duit' ni. Hihihiiii...Jangan salah faham yer! Bukanlah maksudnya orang-orang Putrajaya ni kaya...tapi kadang-kadang bila nak buat aktiviti menghiburkan hati ni tak tau nak pergi mana selain Alamanda. Sekurang-kurangnya bila ada mall baru ni, adalah option selain Alamanda tu. Let's review apa yang ada di IOICity Mall ni!

Mall ni baru je buka pada 20 November 2014 yang lalu. So..dengan gegehnya aku pun pi la menjenguk apa-apa yang patut on the 2nd day of opening. 

Hasil daripada pemantauan aku...tempat ni besar. Penat wei jalan. Kedai-kedai pun tak sepenuhnya buka lagi. Kedai-kedai yang ada pun masa tu masih tengah susun-susun barang lagi. Tempat ni lebih kurang macam Paradigm Mall cuma tingkat dia kurang sikit la.

Yang bestnya tempat ni bukan saja untuk shopping tapi untuk aktiviti riadah pun ada juga. 

Ice rink
Masa aku pegi, belum buka lagi

Selain dua tempat tu...ada lagi satu aktiviti entertainment kat situ yang tengah renovate. Tapi aku tak ingat namanya. Nampak macam adventure! Kita tunggu tempat tu siap sepenuhnya ok!

Kat situ juga ada Daiso (tak buka lagi masa aku pegi), Dubu-Dubu (K-Food fan mesti tau tempat ni ;D), GSC, H&M, Index Living (aku suka tempat ni. Dah survey and aimed pun apa yang aku nak beli. Hahahaa....) and banyak lagi. Nak tau apa lagi yang ada di sini...klik je website IOICity Mall tu.

0 comments: