20 December 2017

Avillion Port Dickson Part II

Over, kan. Pegi PD je pun tapi review hotel sampai ada Part II๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ 

Ok...kali ni aku nak cerita apa yang bestnya bilik yang aku booked tu. As mentioned earlier, aku booked untuk Premium Water Chalet. Bilik type ni rasanya memang entitled two coupons for evening cocktail at aVi Lounge. Evening cocktail ni start pukul 6.00 sampai 7.30 petang.

aVi Lounge - 2nd Floor
Rupa²nya lounge ni sebelah bilik aku je pun, alahaiii...Even gambar kat atas ni pun amik dari balcony bilik je. Punyelah dekat. 

Nak dijadikan cerita, lepas masuk bilik aku ajaklah PIC pegi lounge tu. Tapi dia wat perangai plak๐Ÿ˜œ Dia tanya aku ni lounge camne. Aku pulak yang pening nak jawab. Alkisahnya dia ingat ni lounge yang ada alcohol bagai tu. Aku tak puas hati. Aku paksa² manja gak ajak dia pegi. Yelaaa...salah aku gaklah sebab tak pay attention masa staff hotel tu explain. Tapi dalam kepala aku fikir, takkanlah dia nak bagi aku masuk kalau betul apa yang member aku tu cakap. Dia pun tau aku camne kot (dari segi appearance la).

So, gerimis pun mengundang bila PIC dah setuju nak pegi dan kitorang nak keluar bilik. Redah je lah. Payung pulak takde. Nasib baik dekat. Lounge ni kat 2nd floor, bawah dia spa kalau tak silap aku.

Nak masuk lounge ni pun segan tau sebab nampak macam orang have² je๐Ÿ˜‡ Masuk terus order air. Staff yang jaga kaunter tu nasib baik peramah. Lepas order, terus dia suruh kitorang ambil gambar  kat luar sebab hujan makin lebat. Agaknya dia dah faham, semua orang aim sofa separa bulat kat luar tu kot. Kalau tengok dalam website dia memang cantiklah kalau ambil gambar kat situ.

Belakang aku tu staff yang peramah tu tengah tutup sofa dengan canvas untuk elak basah. Cacat tau gambar aku๐Ÿ˜ฉ
Nak juga gambar kenangan kat sini walau hujan. Gigih sangat๐Ÿ˜Ž
Aku jamin sunset kat sini mesti lagi cantik kalau cuaca tak hujan
Let me tell you a secret - aim for this spot where that couple seated. The view is awesome tapi gambar tak menunjukkan gambaran sebenar sebab ambil pakai phone je. Kamera tinggal dalam bilik. Padan muka sama aku, kan.
Some of the yummy desserts
Me...dengan perasaan ala² orang have²๐Ÿ˜
Lama jugaklah kitorang lepak dalam ni. Seronok beb lepak kat lounge ni. Seat memang tak banyak. Yelah...maybe sebab memang tak semua guest pun boleh masuk. Tapi serius memang seronok, cantik and sangat privacy. Macam aku cakap tadi...terasa macam orang have² gitu. Giler tak have² kalau normal room rate macam suku gaji aku๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

Memang berbaloi sangatlah dengan apa yang aku bayar when niat aku datang sini memang untuk relax dan cari ketenangan je. Next time memang boleh datang lagi. I will๐Ÿ’ญ...







17 November 2017

Avillion Port Dickson

Just came back from short vacay at Melaka and Port Dickson. Tak sabar nak review pasal hotel yang aku duduk kat PD, Avillion Port Dickson. Kat PD ni ada dua Avillion, satu yang aku duduk ni and satu lagi Avillion Admiral Cove. Avillion Port Dickson ni konsep dia water chalet. Since percutian ni pun santai-santai dan nak rileks so aku pilih water chalet. 

Source : Avillion Port Dickson's Official Website
Booking made through Booking.com. Boleh je nak book direct kat website hotel. Location memang strategik sebab tak jauh dari pekan PD and terletak kat area pantai Teluk Kemang. 

Saujana mata memandang
Reception area
Aku pilih bilik premium water chalet. Harga semalam masa booking dapat RM400+. Memang menangislah kalau tengok harga. Biasanya memang aku takkan pilih duduk hotel mahal camni. Tapi sebab tujuan aku untuk rileks a.k.a reward diri sendiri, pejam mata jelah bayar share berdua dengan P.I.C. Lepas check in, aku kena amik lif ke 1st floor. Agak jauh jugaklah sebenarnya bilik yang aku dapat tu tapi disebabkan view cantik takdelah rasa sangat.

Laluan ke Rangoon
Lalu Pet Farm jumpa Cik Merak. Budak² sukalah sebab haiwan tu memang dilepaskan dan boleh diberi makan
One of attraction on the way to my room
 

Buka je pintu bilik, mak aiiiiii...terus speechless!๐Ÿ˜ฎ
Premium Water Chalet

The premium water chalet is located furthest out to the sea and comes with a private balcony that offers spectacular sea view of the Strait of Malacca.
With the ocean as a backdrop and the waves lapping beneath you, be transported far out into at sea with modern comfort and hospitality.

Ye...aku dapat semua tu๐Ÿ˜ Sangat puas hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar.

  


Lagi bestnye hotel ni shower room dia open air. Kiranya aku mandi berbumbungkan langitlah๐Ÿ˜ Gitewww... Amenities semua ada so tak perlu risau kalau tertinggal apa² keperluan.



Overall memang sangat berpuas hati dengan bilik ni. Tak rugi bayar mahal untuk sesuatu yang berbaloi, kan. Bilik besar, katil besar, yang paling penting bilik ni memang menghadap Selat Melaka dan kebetulan sangat tak perlu susah payah keluar bilik untuk tengok sunset/sunrise sebab bilik ni memang port terbaik menikmati sunset/sunrise. Alhamdulillah...

Kalau tanya aku...aku akan datang balik ke sini dan nak bilik ni juga boleh tak๐Ÿ˜€










27 August 2017

Osaka Bay Santa Maria River Cruise


Turun dari ferris wheel tadi jalan ke sebelah kiri dah sampai Port of Osaka. Dekat je. Tujuan ke sini adalah nak naik river cruise kat atas tu - Santa Maria Day Cruise. Selain tu, ada satu lagi cruise waktu malam iaitu Santa Maria Twilight Cruise. Tapi untuk setiap penggunaan OAP cuma boleh pilih salah satu je antara dua cruises tu. So, kami pilih day cruise saja. Macam kapal lanun, kan๐Ÿ˜€


Nak naik cruise ni kena bayar ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak), tapi dengan OAP naik free saja๐Ÿ™Œ. Kaunter tiket kat tingkat atas. Tapi kalau ada OAP tak perlu exchange pun, pergi je beratur dekat pier dan tunjuk pass. Waktu operasi cruise ni dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, sejam sekali sebab kalau cruise yang siang ni it takes 50 minutes to complete the route. Compared to day cruise, twilight cruise takes 105 minutes to complete the journey. Night cruise start jam 7.00 petang. 


Slot yang aku naik ni ramai orang. Tak ingat pukul berapa tapi rasanya dalam pukul 1.00 or 2.00 lebih camtu. Nak naik kenalah beratur,kan. Kalau nak dapat tempat duduk best...kenalah cepat. Kitorang dapat duduk kat seat belakang sekali kat deck atas yang ada flag tiga tu. Free seating...so siapa cepat dia dapat.


Dari awal naik cruise cuaca dah mendung...angin memang kuat giler takyah cakap. Rasa nak terbang je. Aku turun deck bawah disebabkan angin yang terlalu kuat tu. Tinjaulah apa yang ada kat bawah ni. Rupa-rupanya besar juga kapal ni. Kat tingkat bawah ada lagi seating area dan juga cafe. So, kalau rasa cam dahaga ke lapar ke...bolehlah jenguk apa yang boleh dimakan. Tapi sah-sahlah on your own discretion.




Mungkin sebab angin dan hujan tu, cafe ni penuh masa aku sampai. Jalan lebih kurang, aku baik balik ke deck luar. Bila tengok kat  deck paling atas, dah tak ramai orang kat situ. Boleh dikatakan kosong hahhaaa...padahal masing-masing berebut nak duduk kat atas masa mula-mula naik tadi. Semua orang dah beralih cari tempat yang selamat๐Ÿ˜€

Masa ni boleh nampak ombak yang kuat. Ambil gambar pun habis terbang tudung. Sedar tak sedar, berakhirlah sudah 50 minit perjalanan menyelusuri sungai. Rasa cam kejap pulak. Nasib baik juga hujan tak lebat masa sampai kat pier. Renyai-renyai je.

Turun dari kapal kami decided untuk pergi makan kat Bab-Ul-Hayat. Dari research yang aku buat setakat ni, itulah satu-satunya restoran makanan halal yang ada kat Tempozan Marketplace. Kalau rajin nanti aku buat entry lain. Sekarang ni makin malas pula nak update blog๐Ÿ˜ธ
  





7 July 2017

Tempozan Harbor Village


ใ“ใ‚“ใซใกใฏ


Next destination is Tempozan Harbor Village. How to get there? As today is our last day to use AOP, by using subway we get off at Osakako Station Exit 1. Masa ni tak tau pun nak tuju arah mana, tapi ikut je crowd sebab mostly semua orang memang nak ke situ. Go straight je then I could see the huge ferris wheel from far. 

Along the way tu, banyaklah kedai-kedai souvenir kanan dan kiri. Pernah baca kat blog mana ntah katanye harga souvenir kat area ni antara yang termurah, siap dapat free gift lagi. Tapi aku tak singgah pun, toleh-toleh je. 

Tempozan Harbor Village is a wide area with various activities and attractions waiting us to explore. For today, I could only be able to ride the ferris wheel, Santa Maria Cruise, having lunch at Bab-Ul-Hayat bfore wandering around Tempozan Marketplace.

A fun-to-ride Tempozan Ferris Wheel
By using OAP, entrance fee is free. Normal fee is ¥800. Just show the pass and I get the ticket to on board. Masa line up ada dua line. Line tu maksudnya samada kita nak naik transparent car or normal car. Kalau transparent masa ni have to wait for 15 minutes (maybe sebab arini ramai visitors kot), so aku ambil yang car biasa je walaupun teruja nak cuba yang tu. Car biasa ni sampai turn boleh terus naik. 

Bila sampai turn kitorang, ada pekerja kat situ tegur kata nak ambil gambar kitorang. Bahasa senangnya...dia jual la gambar tu. Kalau rasa ok boleh beli, kalau tak nak beli pun takpe. Tapi aku tak ingat harga gambar tu sebab tak beli. PIC je yang beli. Rasanya dalam ¥1,000+ sekeping. Lepas ambil gambar, barulah dapat naik car. Teruja gitewww๐Ÿ˜




Last picture tu sebenarnya masa kami berada di atas sekali. View memang cantik, tapi disebabkan aku lupa nak tukar setting camera...jadiklah gambar macam kelam-kelam kelabu asap je. Tambahan pula masa ni cuaca memang panas sangat dan cahaya memang tip-top la. I bet night view dari atas ni mesti lagi cantik.

Tak puas sebenarnya naik ferris wheel ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Rasa macam nak naik lagi tapi cuma boleh naik sekali je. Takpelah next time okay...kita datang malam pula. In Shaa Allah...kalau ada rezeki.




28 May 2017

Umeda Sky Building

ใ“ใ‚“ใซใกใฏ

Bermulalah hari ke-2 di Jepun. Lokasi pertama yang dituju pagi ni adalah Umeda Sky Building. Nak pergi sini turun kat Umeda Station Exit 5. Keluar dari station, jalan ke arah kiri dan ambik kiri lagi dekat intersection. Jalan terus sampai jumpa traffic light, cross the crossinng line belah kanan and cross lagi crossing line lepas cross jalan tu and jalan terus. Lepas passby shopping mall, take the underground passage and cross the crossing line lepas keluar dari underground passage tu. Umeda Sky Building depan tu je.


Pukul 9.20am aku dah terpacak kat depan bangunan ni. In 2008, this building is entitled as top 20 buildings around the world alongside Taj Mahal and other historical buildings. Tengok je la design dia...memang unik.


Ingatkan buka pukul 9.30am. Jumpa dua Malaysian kat bawah ni katanya buka pukul 10.00am. Eh??? Aku silap infokah๐Ÿ˜• Takpelah...sementara tunggu dia buka, jalan² dulu kat area buildiing ni.

Willer Express Cafe - tak sure station bus nya kat mana

Little park in in front of the building

Arch

Small garden opposite the building

Habis pusing, aku naik ke tingkat 3 guna eskalator. Dari sini kena naik lif pulak sampai tingkat 35. 

Ni yang paling tak menahan...open at 9.30am ye! Rugi setengah jam. That is the importance of trusting yourself๐Ÿ˜ž

Entrance fee ¥1,000, again sebab guan OAP entrance adalah free. Untong pakai OAP ni...nampak macam semua free๐Ÿ˜€. Lepas keluar lif...belum sampai lagi observatory. Observatory kat tingkat 39. Ni yang lagi best best๐Ÿ˜ฑ

Ada brani nak naik sampai tingkat 39๐Ÿ˜
Hahahaa...travel partner buat drama pula kat sini takut naik naik eskalator ni. Tapi memang gerun pun especially kalau jenis yang gayat. Tinggi kot...kanan kiri atas bawah semua boleh nampak. Tapi percayalah...bila sampai tingkat 39 nanti semua tu akan hilang. Chaiyokkk๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Photo spot
Kat level 39 ni pun kita boleh nampak keselruhan bandar Osaka ni selain kat tingkat 40 nanti.  

Kepadatan bandar Osaka. Time ni pun ada some part yang kita boleh nampak masih ada projek pembangunan sedang dijalankan

Highlight of level 39 ni adalah gambar kat bawah. Ada kelainan pada building dalam gambar kat bawah ni. Masa tengah buat research untuk itinerary, I get to know about this building. Inilah yang buat aku excited sangat nak pergi sini sebenarnya. Kalau perati betul² gambar kat bawah ni, macam ada jalan yang tembus dalam bangunan. Mampu??? Tu lah yang aku kagumnya. Mungkin disebabkan kepadatan bandar ni sendiri yang sebabkan arkitek dia came up dengan idea tebuk bangunan untuk buat jalanraya. Hurmmm...bijak gak. Jimat tanah. Dan yang aku perasan gak setakat ni, sesetengah tempat tu sampai bertingkat² jalan dia. Pening tengok tapi nampak teratur.

Spot the difference...
Tak habis lagi kekaguman aku dengan gambar kat atas ni. Aku tak ingat dari blog mana aku dapat tau pasal tempat ni (maaflah tuan punya blog...tapi aku berterima kasih sangat sebab kenalkan aku dengan tempat ni), bangunan tu nama dia Gate Tower Building or TKP Garden City Umeda Osaka. According to Wikipedia, bangunan setinggi 16 tingkat ni ditebuk dari tingkat 5 hingga 7 untuk construction jalanraya ni. Selain dari dia tebuk tingkat 5 hingga 7 untuk bina highway, elevator dalam bangunan ni juga akan skip dari tingkat 4 ke 8. Haaa...yang tu aku takleh bayangkan macam mana dia buat walaupun teringin sangat nak tau. Bangunan ni juga dilindungi dari getaran dan bunyi bising supaya tak mengganggu penghuni lain dalam bangunan ni because asalnya ia adalah office building๐Ÿ˜ฎ. Malangnya masa ni takde kereta pun yang pass through the building. Kuciwaaa...Proses pembinaan juga tak mudah sedari awal. Tapi akhirnya ia menjadi bangunan pertama di Jepun yang seumpama ini (tiba² rasa macam ayat aku jadi skema pula). Kalau tak silap pembacaan aku juga, arkitek highway ni adalah arkitek yang sama yang design Kyoto Station (yang ni carik balik info tu tak jumpa). Satu lagi info yang aku dapat lepas aku balik dari Jepun ialah bangunan ni tak jauh pun dari Osaka Station, cuma dalam 10 minit je jalan kaki. Damn!!! Credit to Forbes dan juga JapanTravel.com. Ada alasanlah nak datang lagi tu๐Ÿ˜ˆ.

Opsss...terpanjang pulak kejakunan aku pasal building ni. Ok...back to topic. Lepas tingkat 39, aku naik tingkat 40 pula. Kat sini adalah observatory deck dia dan ada cafe juga. View kat sini memang cantik. Tapi time tu sangatlah panasnya tapi berangin yang kuat. Rasa macam nak terbang pun ada.

Nice view from the deck

Each of the bridges have different functions

Love Lock pun ado...

Healing view of Osaka City

Penat berpanas, kite pekena air sejuk sat kat Sky Cafe 40. Bolehlah duduk lepak² sambil menghayati view depan mata. 

Jangan ditanya harga semua ni. Nikmati saja view di hadapan mata๐Ÿ˜… Yang penting sedap...

Lepas makan, turun balik ke tingkat 39. Kat sini ada souvenir shop, harga menikam kalbu gak. Tapi nice la souvenir dia. Tak beli apa pun just tengok² je. Pastu guna semula eskalator tadi untuk turun ke tingkat 35. Nak turun ni tak rasa apa sangat compared masa nak naik tadi.
See-through escalator go up to Level 39 from Level 35
Sampai je bawah, aku terus gerak ke subway station semula untuk ke next destination. Dah half way ke subway station baru teringat. Alamakkk!!! Camne la aku boleh lupa ni. Kat basement Umeda Sky Building tu ada satu lagi tempat yang boleh pergi. Dia macam ala² old street, Takimi Lane of Restaurant. Sengal betullah...nak patah balik dah jauh. Sudahnya ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ dalam hati je. Dengan hati yang gundah-gelana tu aku jalan je la. Sedey tau...punya lah beria aku buat itinerary last² boleh lupa camtu je. Huhuuu~