27 August 2017

Osaka Bay Santa Maria River Cruise


Turun dari ferris wheel tadi jalan ke sebelah kiri dah sampai Port of Osaka. Dekat je. Tujuan ke sini adalah nak naik river cruise kat atas tu - Santa Maria Day Cruise. Selain tu, ada satu lagi cruise waktu malam iaitu Santa Maria Twilight Cruise. Tapi untuk setiap penggunaan OAP cuma boleh pilih salah satu je antara dua cruises tu. So, kami pilih day cruise saja. Macam kapal lanun, kan😀


Nak naik cruise ni kena bayar ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak), tapi dengan OAP naik free saja🙌. Kaunter tiket kat tingkat atas. Tapi kalau ada OAP tak perlu exchange pun, pergi je beratur dekat pier dan tunjuk pass. Waktu operasi cruise ni dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, sejam sekali sebab kalau cruise yang siang ni it takes 50 minutes to complete the route. Compared to day cruise, twilight cruise takes 105 minutes to complete the journey. Night cruise start jam 7.00 petang. 


Slot yang aku naik ni ramai orang. Tak ingat pukul berapa tapi rasanya dalam pukul 1.00 or 2.00 lebih camtu. Nak naik kenalah beratur,kan. Kalau nak dapat tempat duduk best...kenalah cepat. Kitorang dapat duduk kat seat belakang sekali kat deck atas yang ada flag tiga tu. Free seating...so siapa cepat dia dapat.


Dari awal naik cruise cuaca dah mendung...angin memang kuat giler takyah cakap. Rasa nak terbang je. Aku turun deck bawah disebabkan angin yang terlalu kuat tu. Tinjaulah apa yang ada kat bawah ni. Rupa-rupanya besar juga kapal ni. Kat tingkat bawah ada lagi seating area dan juga cafe. So, kalau rasa cam dahaga ke lapar ke...bolehlah jenguk apa yang boleh dimakan. Tapi sah-sahlah on your own discretion.




Mungkin sebab angin dan hujan tu, cafe ni penuh masa aku sampai. Jalan lebih kurang, aku baik balik ke deck luar. Bila tengok kat  deck paling atas, dah tak ramai orang kat situ. Boleh dikatakan kosong hahhaaa...padahal masing-masing berebut nak duduk kat atas masa mula-mula naik tadi. Semua orang dah beralih cari tempat yang selamat😀

Masa ni boleh nampak ombak yang kuat. Ambil gambar pun habis terbang tudung. Sedar tak sedar, berakhirlah sudah 50 minit perjalanan menyelusuri sungai. Rasa cam kejap pulak. Nasib baik juga hujan tak lebat masa sampai kat pier. Renyai-renyai je.

Turun dari kapal kami decided untuk pergi makan kat Bab-Ul-Hayat. Dari research yang aku buat setakat ni, itulah satu-satunya restoran makanan halal yang ada kat Tempozan Marketplace. Kalau rajin nanti aku buat entry lain. Sekarang ni makin malas pula nak update blog😸
  





0 comments: