18 February 2017

Life becomes easier when you hold back

Assalam...μ•ˆλ…•~ 

17.02.2017...tarikh yang akan tambah satu lagi peristiwa manis dalam hidup aku. Akhirnya selepas 4 tahun aku dapat tarik nafas lega yang sangat-sangat lega. Dan akibatnya juga esoknya aku terlambat sampai opis sebab berjaga sampai pukul 2 pagi😝

Yeayyy...I am now officially completed my degree. Aku dah graddd!!! Suka dan sebak at the same time. The journey of four years filled with various kind of stories. Kalau diingat balik...rasa serik jugak. Cukuplah kali tu. 4 tahun yang sangat mencabar dan menguji kecekalan serta ketabahan hati seorang insan biasa macam aku. 

Bukan susah nak susah. I've learnt a lot. Aku lalui kesusahan itu dengan hati dan semangat yang macam roller coaster. Aku pun manusia biasa juga. Sekuat mana pun bertahan sometimes akan collapse juga. 4 tahun bukan masa yang pendek. Some more if you go through it all alone. It's really not easy. I am okay if nobody supports me at whatever I do, but I really can't stand with cynical words. I was hurt by those words. Tapi aku juga bukan orang yang suka nak cakap banyak. So end up tahan semua dalam hati. Makan hati je la aku. Takpe...semua tu cabaran. Jangan pandang aku sebelah mata ok!πŸ˜€

Masa adalah sangat kritikal sepanjang 4 tahun ni. Tak mudah rupanya untuk jadi part-time student ni. Kena bijak bahagikan masa antara kerja, personal life and study. Ada masa-masanya aku jadi sangat stress. Dalam sehari aku cuma ada masa lebih kurang 4 jam je untuk study. Mana cukup. Kalau malas (selalunya memang malas pon hahahaa...), aku tengok tv je. Burn 4 jam, pukul 12.00am tidur. Lepas tu menyesal sebab tak study. Sesungguhnya masa tu sangatlah mencemburui kita. Bergaduh dengan kerja office, bergaduh dengan nak siapkan assignment...huhhh~~ Letihnya. Time ni la rasa tak sabar nak habiskan course ni. Pernah juga aku terfikir, kalau sekarang aku tak cukup masa...apa akan jadi bila dah habis study nanti. Mesti aku akan rindu semua ni. Apa aku nak buat dengan masa yang banyak tu. Complicated kan life ni. And now..it's only a month since I've finished the final exam tapi aku dah mula rasa bosan tak tau nak buat apaπŸ˜πŸ˜πŸ˜…

Walau apapun, pahit akan manis akhirnya. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Sekarang 2017...part of my dream has come true. Cita-cita yang terbengkalai dulu, aku dah tunaikan. Just tunggu for my convocation, still has a few months to go. Pada aku kejayaan aku habiskan pengajian 4 tahun ni lebih manis compared masa diploma dulu kerana banyak sebab. Yuran pengajian aku tanggung sepenuhnya sendiri without helping from anybody, so as masa yang digunakan untuk complete kan pengajian ni adalah sangat-sangat mencabar. Aku salute pada semua yang belajar sambil bekerja. Hanya orang yang melaluinya saja tahu apa makna di sebaliknya. Tears, sweat and laugh becomes a  good friend of mine along the journey.

Anyway...congratulation to myself for finishing the challenging journey. Let the tears last night became a last tears for this difficult path. I can't actually wait for April to come to get a reward for myself for those 4 years of hard work. From Me to Me. κ·Έ λ™μ•ˆ μˆ˜κ³ ν–ˆμ–΄. μΆ•ν•˜ν•΄!





0 comments: